Sunday, August 1, 2010

PERBELANJAAN PENGURUSAN JPM RM12 BILLION SETAHUN! Patutlah Malaysia kemungkinan menghadapi kebangkrapan menjelang tahun 2019,

Free Malaysia Today
Penjimatan kira-kira RM750 juta ekoran pemotongan subsidi untuk petrol, gas, diesel dan gula terlalu kecil berbanding RM12 bilion yang dibelanjakan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perbelanjaan yang begitu besar dalam tempuh setahun sahaja oleh pentadbiran Najib Tun Razak untuk membiayai seramai 43,554 kakitangannya hanya membazirkan wang rakyat.

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan sukar dipercayai!  Gembar gembur bahawa subsidi yang besar membebankan ekonomi adalah karut belaka.

Menurut “The Nut Graph”, kajian oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mendedahkan Malaysia mempunyai nisbah kakitangan awam dengan jumlah penduduk tertinggi di Asia Pasifik.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata nisbah kakitangan awam ini sangat ketara kerana Malaysia mempunyai 4.68%, berbanding Indonesia 1.79%, Korea Selatan 1.85% dan Thailand 2.06%.

“Kesemua negara-negara tersebut mempunyai kurang dari separuh dari nisbah negara kita,” kata beliau yang juga ketua ekonomis dan setiausaha publisiti DAP kebangsaan.

Minggu sudah, Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong mendedahkan dalam blognya http://liewchintong.com/ bahawa  peruntukan untuk JPM berjumlah RM12 bilion dan bukan RM4 bilion sepertimana yang dianggap oleh orang ramai.

“Ini merupakan satu jumlah wang besar! Seperti majoriti rakyat Malaysia, saya hairan kenapa Jabatan itu tidak berusaha untuk berjimat cermat sepertimana kita semua disuruh berjimat cermat ekoran pemotongan subsidi dan bahaya Malaysia menghadapi kebangkrapan menjelang tahun 2019,” katanya.

Berdasarkan blog Liew, saya merumuskan beberapa fakta yang menakjubkan:
  • Pada tahun 1981, ketika dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, JPM mempunyai kakitangan seramai 4,414 orang
  • Pada 2001 (20 tahun kemudian), ketika dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, JPM mempunyai kakitangan seramai 9,673 orang (peningkatan sebanyak 119.1%)
  • Pada 2003, ketika dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, JPM mempunyai kakitangan seramai 21,045 orang (peningkatan sebanyak 117.6% dalam masa dua tahun)
  • Pada tahun 2009, ketika dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, JPM mempunyai kakitangan seramai 25,332 orang (peningkatan sebanyak 20.4% dalam enam tahun)
  • Pada 2010, ketika dibawah pentadbiran Najib Tun Razak, JPM mempunyai kakitangan seramai 43,544 orang (peningkatan sebanyak 71.9% dalam tempuh setahun)
Selepas membuat perkiraan ini, saya membandingkan bajet PM kita dengan Presiden Amerika Syarikat, PM Singapura dan Permaisuri Elizabeth, England. Saya terpegun dengan maklumat yang sedia ditemui dalam internet.

Permohonan bajet Rumah Puteh untuk 2011 berjumlah AS$394 juta (RM1.3 bilion) dan tidak termasuk program berbanding bajet untuk JPM berjumlah AS$1.25 bilion (RM4 bilion). SUNGGUH MENGHAIRANKAN apabila JPM memerlukan bajet yang lebih tinggi dari Bajet Rumah Puteh. Tak masuk akal dan tak dapat diterima langsung oleh akal yang waras.

Dari segi bilanagan pekerjanya pula, pada 2010 staf Rumah Puteh hanyalah seramai 1,888 orang sahaja  jika dibandingkan dengan bilangan  pekerja  di JPM seramai 43,554 orang . Kenapakah Rumah Puteh hanya memerlukan staf  yang sangat jauh kurang jumlahnya berbanding dengan bilangan staf di JPM? Atau secara terusnya persoalan adalah sebegini: Kenapakah JPM memerlukan bilangan staf  yang begitu  besar  jumlahnya berbanding dengan bilangan staf di Rumah Puteh  yang hanya memerlukan seramai 1,888 orang staff sahaja?.

Dari segi peratusannya, bilangan staff Rumah Puteh hanyalah 4.3% dari jumlah kakitangan JPM. Menakjubkan.

Jadi ternyatalah ada sesuatu yang tidak kena dengan peruntukan pentadbiran JPM.  Jika kita lihat Singapura, hanya sejumlah S$290.4 juta (RM681.2 juta)  sahaja diperlukan untuk peruntukan Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam tahun 2010.Tetapi perbelanjaan di JPM kita begitu menakutkan sekali. Patutlah jika negara kita bankrap!

Menurut Wikipedia, Singapura mampu berbelanja sejumlah ini memandangkan jumlah penduduknya ialah 5.1 juta atau 3.2 juta jika ditolak rakyat asing dan mempunyai pendapatan per kapita lebih AS$37,293 (RM118,964).  Berbanding Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 27 juta dan pendapatan per kapita AS$6,897 (RM22,000) dan Amerika Syarikat AS$46,381 (RM147,955).

Ini bermakna pendapatan per kapita Singapura 5.4 kali ganda lebih tinggi dari Malaysia walaupun Malaysia mempunyai penduduk lima kali ganda dari Singapura.

Secara perbandingan, kita boleh memahami jika bajet JPM melebihi dari Singapura berdasarkan saiz penduduk dan kawasan.  Tetapi bolehkah kita terima jika peruntukan bajet JPM kita melebihi dari Pejabat Presiden Amerika Syarikat?

KERAJAAN BN PERAK MEMERLUKAN BAJET TAMBAHAN SEBANYAK RM80 JUTA?

Bajet Tambahan RM80 Juta Kerana Umno-BN Gagal Urus Tadbir Perak


Oleh Faizal Ezzany
KUALA KANGSAR 1 Ogos - Pentadbiran pincang Umno-Barisan Nasional di Perak menyebabkan sebanyak RM80 juta dana awam terpaksa dikorbankan sebagai bajet tambahan yang akan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri 3 Ogos nanti. 

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub berkata Umno-BN tidak mampu menjana serta membangun ekonomi negeri Perak setelah melakukan rampasan kuasa tidak berperlembagaan awal 2009 lalu.

"Sudah sampai masanya untuk kita keluarkan Umno-Barisan Nasional dari negeri Perak ini, pentadbiran mereka bukan membawa kebaikkan malah semakin teruk lagi bila ada usaha untuk kemukakan perbelanjaan tambahan sebanyak RM80 juta pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri nanti," dedah beliau semasa berucap pada majlis jamuan makam malam anjuran Cabang Bagan Serai di Dewan Beng Sean Seah, Bagan Serai Jumaat lalu.

Mustaffa menyeru rakyat Perak agar sedar mengenai kepincangan pentadbiran Umno-BN di Perak kerana permintaan belanjawan tambahan menandakan parti itu tidak mampu membawa negeri itu ke arah masa depan yang lebih terjamin dan makmur.

"Apa yang Umno-BN Perak buat sehingga memerlukan penambahan peruntukkan sebanyak RM80 juta? Bila kita tanya mereka hanya menjelaskan peruntukkan tersebut untuk perkhidmatan tanpa memberi penjelasan yang khusus. Bagi saya rakyat perlu sedar daripada sekarang, pentadbiran mereka jelas ada kepincangan dalam soal urusan kewangan negeri.

"Kita tahu sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, tidak pernah ada penambahan peruntukan malah mendapat lebih dalam pendapatan negeri tetapi di bawah Umno-BN bukan sahaja pendapatan negeri berkurangan malah meminta peruntukkan tambahan pula. BN tidak tahu mentadbir negeri ini untuk memperkayakan negeri, kita perlu bertindak memperkukuhkan kekuatan parti untuk mengambil balik Perak daripada pentadbiran yang teruk ini.

"Kita bukan sahaja perlu selamatkan Malaysia, kita juga perlu selamatkan Perak daripada pentadbiran bodoh Umno-BN. Umno-BN mensasarkan Malaysia bankrap pada 2019 tetapi Umno-BN Perak meletakkan negeri ini bankrap lebih cepat, silap tadbir sebelum pilihan raya umum ke-13 Perak akan bankrap.

"Kalau kita biarkan ini berlaku maka seluruh generasi dan rakyat negara ini akan terseksa disebabkan oleh sikap Umno-BN yang angkuh dan sombong," tegas beliau.

Beliau mahu seluruh kaum di Perak bersatu dan mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain supaya negeri Perak akan terus makmur dan maju di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kelak selepas PRU-13

"Pakatan Rakyat adalah parti untuk semua kaum dan saya menyeru setiap kaum di negeri ini menjalinkan kerjasama yang baik, saya mahu wujud persefahaman antara kaum kerana tanpa kerjasama usaha kita untuk merampas serta mentadbir negeri ini dengan baik akan menjadi sukar.

"Kita perlu tengok apa yang berlaku di Selangor yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, yang mengutmakan kebajikan rakyat seperti pemberian air percuma dan juga skim kematian untuk semua kaum. Selangor mendahului negeri di bawah pemerintahan BN dalam soal demikian. Dengan urus tadbir yang baik Pakatan Rakyat Selangor mampu menunaikan tanggungjawab yang diberikan," ujar beliau lagi.

Mustaffa berkata rakyat Perak perlu melakukan perubahan pada PRU-13 supaya negeri ini tidak lagi disalah gunakan oleh pemimpin rakus Umno-BN.
Di ceramah perdana di Markas PAS Bukit Chandan Kuala Kangsar pula Mustaffa meminta rakyat mengambil langkah berani seperti yang dilakukan oleh rakyat Sibu pada pilihan raya kecil 16 Mei lalu.

"Seluruh rakyat Perak perlu melihat keberanian yang dilakukan oleh rakyat Sibu, mereka sudah serik dan mahukan perubahan. Walaupun BN datang dengan segala janji tetapi ketetapan hati mereka tidak berubah, apa yang pasti kebencian mereka kepada BN sudah tidak boleh ditawar menawar.

"Sekarang Sibu menjadi pemangkin kepada perubahan politik di Sarawak mahupun Sabah. Jadi inilah yang kita mahukan di Perak, kita terima apa juga yang Umno-BN beri tetapi setiap undi adalah untuk Pakatan Rakyat.

"Saya pasti Perak akan lebih selamat berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat," kata beliau.

Wednesday, July 28, 2010

Kos pengoperasian dua kapal selam termasuk senggaraan dianggarkan RM290 juta setahun, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata nilai kontrak perolehan kapal selam berkenaan ialah Euro 1.084 bilion (RM5.382 bilion) meliputi harga pembelian dua kapal selam baru, latihan untuk warga kapal selam, pakej bantuan lojistik bersepadu dan alat ganti serta penyediaan kemudahan pelatih kapal selam dan tim projek.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Charles Santiago (DAP-Klang) yang ingin tahu mengenai ancaman yang dihadapi oleh Malaysia yang memerlukan penggunaan kapal selam dan apakah tugas dan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, selain kos penyelenggaraannya setiap tahun.

Ahmad Zahid berkata penggunaan kapal selam bukanlah disebabkan ancaman yang dihadapi oleh negara tetapi lebih kepada keupayaan memberi cegah rintang kepada bakal musuh.


BERNAMA

Friday, June 18, 2010

RM27,545.80 SEHARI / RM345, 833.33 SEBULAN PERBELANJAAN PENGURUSAN RUMAH PERDANA MENTERI DAN TPM!



KUALA LUMPUR, 17 Dis: Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.

Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.


Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.

Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.


"Inilah bangunan yang Almarhum Datuk Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan hanya untuk menampung pengurusan rumah PM dan TPM sahaja," tulis Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dalam blognya.

Lihatlah betapa pemimpin negara kita membazirkan duit negara dimana harga sewaan sehari untuk Seri Perdana adalah RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71.

Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya selama sebulan, sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Inikah pemimpin negara yang kita kehendakki?


Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara, gaji permulaan yang diterima oleh KPN untuk tempoh satu bulan pun jauh lebih murah daripada bayaran dibayar untuk menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita.


Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9, 615.98 sebulan (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.


"Jadi apa nak kita lakukan?" tanya Roslan.


Dalam pada itu, tulisnya, kerajaan menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan berbelanja secara berhemat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya.


"Adakah kita sedar bahawa dalam keadaan ekonomi kita yang tenat dan gawat pun kita terpaksa membayar hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang pun di istana kediaman PM dan TPM kita itu" tulis beliau.



cikgu aisal said...

Teringat kisah Syaidina Umar r.a, semasa menjadi Khalifah sentiasa menjelajah kota menyamar sebagai sebagai rakyat biasa mencari rakyatnya yg hidup daif dan perlu bantuan walaupun di malam hari yg gelap dan agak lewat.


Menghukum anaknya sendiri dengan hukum HUDUP kerana berzina walaupun beliau Khalifah /PM di masa tu...

Mempunyai kehidupan yg amat bersederhana dan berhutang ketika membeli baju perang kerana tidak mempunyai wang yg cukup..walaupun di Baitul Mal di bawah pentadbirannya penuh dgn wang negara.

Rasullulah S.A.W sendiri tidur berlapikkan pelepah tamar kerana tidak cukup wang untuk tidur di bantal yg empuk...semuanya kerana mendahului rakyatnya daripada hidup melarat...

Kerajaan hari ini.....rakyat yg miskin bertaburan di Malaysia seolah-olah sebanding hebatnya taburan hujan di negara kita. Ada yg mula berani untuk keudara dgn "BERSAMAMU" menagih simpati dan tidak kurang pula yg memohon simpati melalui akhbar dan wahana media yg lain...

.......kerana apa ia terjadi ...tidak len tdk bukan kerana JUJUR dan AMANAHnya pemimpin sehingga wang PPRT berjumlah 43 juta ringgit hilang dan lesap kerana disalahgunakan untuk kempen pilihanraya.........

Satu lagi tauladan yg baik daripada PM dan TPM serta pimpinan UMNO untuk kita rakyat marhaen di negara kita...


LensaPR said...



Berkatalah Saidina Ali r.a: kemiskinan wujud kerana ketidakadilan dan pembaziran. Stop. Tak perlu teori ekonomi canggih2.

http://sokongpr.blogspot.com/

cikgu aisal said...

1. President IRAN...Almadinejad semasa mula2 menjawat jawatan president mengarahkan karpet tebal di pejabat nya dibuang...tidak ingin bermewah2.

2. Menghapus sebarang protokol bagi memudahkan rakyatnya berjumpa denganya pada bila2 masa walaupun di lwat malan..

3. Tidak tinggal di Istana Presiden dan tinggal di rumah sendiri yg kecil iaitu rumah semasa beliau menjadi datuk bndar dulu.

4. Mengguna pakai kereta lama semasa dibeli di zaman datuk bandar dahulu.

5. Bila sahaja terdengar azan atau maksuknya waktu solat beliau lantas menunaikan solat walaupun di pinggir jalan raya..

" Bukankah apabila seseorang itu meletakkan TUHAN dan AGAMA di hadapan maka sesungguhnya dia akan dilimpahkan kekuatan untuk terus berjuang walaupun telah lanjut usianya sepertimana TG D NIk Abdul Aziz...


tekong darat said...

ni bkn msalah dgki..memg sgt2 mhal kos yg dikenakn..kos selenggara bngunan kerajaan yg mpunyai 630 staf dn 1500 klien dr A-Z pun hanya 1.2 juta SEBULAN.
Ini adalah kos selanggara dr dlm hngga luar premis..ptugas org yg dpt tnder utk selenggara premis plak sramai 415org dr ceo hngga tkang cuci..tp jumlah wang yg dbayar ni msh dpt membayar gaji kakitangn org yg dpt tender..siap ada bonus lg..

jadi dmanakah wajarnya org yg selenggara bngunan utk muatkn kurang 10org pd satu masa,mengenakan yuran 20ribu lbh sehari?.. ini kes 'terkena' atau pun ada 'kena mengena'?..kpd pncacai puak tu,ini bkn perkara positif..dn melayu laknat, memg jumlah yg dbayar tk dt blik kt tuan yg menginap..tp perlu diingat bhawa jumlah yg dbayar adalah dr hsil cukai dn pndapatn negara..bkn pndapatn dia.
cikgu aisal said...

Terkedu dan pastinya menggeleng kepala sekiranya diungkapkan persoalan ini pada setiap jiwa yang waras. Angka yang berkaitan pengurusan 2 Istana PM dan TPM sungguh besar sekali.

Ini bukan persoalan dengki dengan rezeki mereka disebabkan status mereka PM dan TPM, tetapi ini adalah persoalan yg amat besar tentang pengurusan aset kewangan negara. Bagaimana di kala rakyat marhaen yg terbanyak hidup dalam serba kedaifan dengan kekangan harga minyak, gas, pengangkutan, kos sara hidup yg berlipat kali ganda lebih tinggi, pendidikan yg kebanyakannya berbayar sini dan sana, dan bermacam ragam masalah rakyat di bawah, rupa2nya kos Istana depa yg ditanggung dengan duit rakyat begitu tinggi nilainya.

Mereka lebih senang memberitahu rakyat agar berjimat cermat dalam segenap hal kehidupan walhal rakyat telah letih dan jerih dlm berjimat cermat. Rakyat hidup beratapkan atap yg bocor, rumah yg berlubang2, berlantaikan kayu yg reput semata-mata kerana mereka bergelar rakyat.

Apakah dengan jawatan tersebut mereka bebas menggunakan wang rakyat secara bebas...
Kalau beginilah cara hidup pemimpin2 UMNO dan kerajaan di Malaysia, kenapa tidak kita boleh katakan bahawa kita akan terus gagal walaupun mewujudkan pelbagai dasar untuk membantu rakyat...

Itu baru sahaja wang rakyat yg terpaksa dibelanjakan oleh mereka berdua, bagaimana dengan Menteri2 yg lain....Bagamana dengan kehidupan mewah pemimpin yg lain hasil daripada tender dan lain2 projek yg diluluskan...


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya didakwa memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di Kanada, lapor se




Lamanweb itu mendakwa, ia termasuk kompleks mewah - Preston Square (kanan) dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa.

Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib.

Projek pembangunan utama tersebut, dakwanya, merupakan 'permata' kepada syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib.

Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada.

Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah (kiri).

Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa -
bernilai RM28 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibunegara Kanada (kanan).



TAIBS’ FOREIGN PROPERTY PORTFOLIO Filed

TAIBS’ FOREIGN PROPERTY PORTFOLIO

Canadian properties worth in excess of a hundred million dollars

Twin glass towers and a swish shopping complex at Preston Square in downtown Ottawa form just part of an enormous foreign property portfolio controlled in Canada by the family of Sarawak Chief Minister, Abdul Taib Mahmud, according to our exclusive investigations.

These buildings alone are worth at least one hundred million dollars and generate a healthy rental income from some of Canada’s top corporations, including Xerox, Adobe and Sun Life, who rent office space and retail outlets. Numerous Canadian Government Ministries are also listed at the building.


The Preston Square development lies at the centre of the major Canadian property empire run by the developer Sakto, which was founded in the early 1980s by Taib’s college-aged son Mahmud Abu Bekir Taib, his daughter Jamilah and his brother Onn Mahmud. It continues to be managed as a ‘family business’ by his now son-in-law, a Canadian, Sean Murray.

Taxpayers in Sarawak are entitled to ask how the Chief Minister’s modest 20,000 Malaysian Ringgit a month official salary has managed to help generate a property empire worth so much. It is also well known that the Taib family own further considerable assets in Malaysia and elsewhere.

Dozens more buildings in Canada alone

Adjacent to the Preston Square commercial complex, Sarawak Report has further identified a luxury, multi-story residential building, also constructed by the Taibs and let for rent since 2006. The family have named the building The Adelaide, an Australian city popular with Taib Mahmud and his late wife Laila.

Sakto publicity boasts that these ”stylish urban rentals are lavishly equipped” with ”all the elements of contemporary flair” and assure clients that ”all units share the ease of abundant parking and the beauty of Preston’s Square manicured setting”.

Arrogant Admission

We bring these revelations in the wake of the elderly Chief Minister’s admission last week that the Bumi remain ”poor and in difficulty”. In this way, he explained, they can be relied upon tostay ”humble” and continue to vote for Barisan National (BN) at the next election. Many in Sarawak have questioned why the Chief Minister has done so little to improve the lives of his people during his thirty years in power and where the profits of decades of timber and oil extraction have been spent. Sarawak is Malaysia’s richest state in terms of natural resources and yet remains home to some of its poorest people.


Exclusive revelations show Canadian Government and top corporations rent from the Taibs

Sakto Development Corporation was set up in August 1983, according to official Ontario records, two years after Taib Mahmud took power. The Directors were Taib’s brother, Onn Mahmud, Taib’s son Mahmud Abu Bekir (aged just 20) and Taib’s daughter Jamilah, both still students. Three months later Onn also established Richfold Investment Limited in Hong Kong. He did so on the same day that another company, Regent Star Company Limited, was incorporated with a mutual director, Kin Kwok Shea, at the same office address. It was Regent Star Company which was identified by the Japanese Tax Authorities in 2007 as having received 32 million Malaysian Ringgit in kickbacks from Japanese timber exporters over the preceding seven years covered by their investigation. The Japanese shipping cartel is known to have been making such payments since the early 1980s, amounting to a total of hundreds of millions of ringgit.


Impressive Investments

Sakto publicity claimed the company invested heavily in its first year(1983), “acquiring over 400 residential units” according to its previous website.

Financial records also show that the company invested over $7 million Canadian Dollars during the first twelve months of its activities, $4.5 million of which was raised from its shareholders. In Canada shareholders are allowed to remain anonymous. By the end of its first decade (in 1993) Sakto’s Financial Report shows the company had assets of just under $40 million Canadian Dollars. Those acquisitions were backed by over $25 million in interest-free shareholder loans, for which “repayment terms had not been established”. Additionally, Sakto had received a further $3 million in non-interest bearing loans, $1.5 million of which was “payable to a company related to a shareholder”. Among the developments Sakto invested in was the construction of what the company described as a “Class A Office Tower”, completed on schedule and within budget in November 1989. Known as 333 Preston Street, this building houses the company’s current headquarters. In all but one of those years the company was declaring a loss and not paying taxes.


During the 1990s, the company claims it ”continued shaping [its] property portfolio through acquisitions and disposals of various assets” and since 2000 it has been involved in some of Ottawa’s biggest property deals. These included the news making purchase of over a quarter of a million square feet of commercial space in the flourishing high-tech business district of Kanata and other buildings for over $31 million Canadian Dollars. Much of this property was later sold on to a ’nominee’ company, however Sakto continues to lease and manage the buildings, apparently on behalf of the new purchasers.

The company has recently completed the building of a second phase of its Preston Street Commerce Plaza complex, which includes a second 16 story tower block and a large commercial centre. The Sakto website boasts that the centre represents “the very definition of Class A business space”.

Sean Murray, the current Director of Sakto, is a Canadian of Irish Catholic extraction. Records show he became involved in Sakto’s affairs in 1987, having reportedly met Jamilah Taib at University. After marrying Jamilah, a process that involved his conversion to Islam, Sean Murray took over as a Director of a number of the Taib property interests, however there is no indication that he has become an actual shareholder. Mahmud Abu Bekir Taib ceased to be listed as a Director of Sakto some years ago, however Onn Mahmud, Taib’s brother only resigned as a Director in 2004.

Society Family

A number of Sean Murray’s family members are now employed at Sakto, which they describe as a family business. Some of Canada’s biggest commercial names rent space at their commercial and office properties, as well as numerous Canadian Government Ministries. Now prominent members

of Ottawa’s social elite, Sean Murray and Jamilah Taib are frequently photographed at society occasions and listed as donors to the city’s National Gallery of Canada. Functions at their lavish Rockcliffe mansion have included fundraisers for the top Canadian school, Ashbury College and for multiple Irish charities, including the Catholic St Patrick’s Home and the Ireland Fund of Canada.

The couple drew considerable attention when they recently moved into their new house, recorded as being the second most expensive private home in Ottawa and costing them over $9.6 million Canadian Dollars. Guests have been known to joke that it is so vast that different wings must have different post codes.

Political Connections

The couple, separately and through Sakto, have also been regular donors to the Ontario Liberal Party. This has included contributions totalling $6,000 to Premiere Dalton Mcguinty’s campaign budget in 2003. In 2007 it was announced that eleven Ontario Ministries were relocating into Sakto’s Preston Square building. ”Bringing together 11 ministries at Preston Square, in the heart of our community, will make our government more accessible to the people of Ottawa and more cost-effective”, explained Yasir Naqvi, MPP for Ottawa Centre. The offices were officially opened by Dalton Mcguinty himself in April 2008.

From trees to tower blocks

Sarawak Report’s exclusive revelations are likely to draw fierce criticism from Canadian environmentalists and human rights campaigners, who have highlighted the devastation caused by unsustainable logging in Sarawak. Over US$25 billion worth of timber has been exported from the state as a result of the rampant, unsustainable logging promoted by Taib Mahmud and the former Chief Minister, who was his uncle. Less than 3% of the original rainforest remains and many of its indigenous peoples are now destitute as a direct result.

What is now clear is that Sakto’s position as one of Canada’s top development companies is closely linked to the Taib family’s questionable wealth and to tropical rainforest devastation. Canada’s booming property market of past years has exponentially increased the value of those investments, leaving the Taibs (but not the people of Sarawak) even more fabulously wealthy than before.




PATUTLA NEGARA KITA BANKRAP1 KEMANA PERGINYA PERUNTUKAN RM2.64 BILLION SEDANGKAN NILAI KONTRAK YANG DINYATAKAN HANYA RM15 JUTA SAHAJA

inilah yang menjadi persoalan dan tandatanya kepada kita semua
Wednesday, 07 April 2010 4:44 PM Oleh Roziyah Mahamad erapakatan

KUALA LUMPUR : Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah didakwa menerima peruntukan sebanyak RM2.64 bilion melalui bajet 2009 namun hanya RM15 juta nilai kontrak yang telah didedahkan di dalam portal perolehan elektronik MyProcurement.

Hal ini didedahkan Ahli Parlimen (AP) Petaling Jaya, Tony Pua pada sidang media di parlimen hari ini.

Tony Pua dalam sidang media berkata beliau juga menemui satu lagi maklumat yang dicurigai dalam portal berkenaan iaitu satu kontrak untuk membina sebuah hostel 200 bilik dengan jumlah RM77.8 juta.

"Lebih murah lagi kalau beri setiap seorang itu sebuah banglo," kata beliau.

Beliau dalam pada itu meminta kementerian pelajaran untuk membuat penjelasan berhubung kontrak berkenaan.

Menurut beliau, lebih banyak kesilapan dan maklumat yang tidak lengkap dikesan dalam portal perolehan elektronik MyProcurement.

Beliau juga mendedahkan maklumat di dalam protal itu tidak lengkap kerana hanya mengandungi maklumat kontrak daripada 16 buah kementerian.

Selain itu, beliau juga memetik maklumat kontrak daripada Jabatan Perdana Menteri yang memperoleh peruntukan sebanyak RM11.2 bilion sebelum ini.

Namun, kontrak yang dipaparkan di portal berkenaan bagi kementerian berkenaan hanyalah sebanyak 1.5% daripada jumlah peruntukan berkenaan.

"Ini akan meningkatkan kecurigaan bahawa kerajaan tidak mempunyai political will untuk membanteras rasuah," katanya lagi.

Portal MyProcurement merupakan pusat maklumat perolehan kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


KOMEN.

Betulkah kenyatan yang ditulis oleh penulis era pakatan ini. Kalaulah betul... apa pendapat anda?

Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab Tuesday, 30 March 2010

KUALA LUMPUR : PAS mahu kerajaan mengkaji kerugian RM546 Juta yang ditanggung Pos Malaysia dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian ini.

Bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.

PAS memandang berat terhadap kenyataan Ahli Parlimen (MP) Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi POS Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'.

Artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Menurut Idris Ahmad, Tindaan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah-Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi apabila sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM 14 juta pada 26 Februari 2010.

"Sebelum ini Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM 14 dengan nilai keseluruhan adalah RM 546 juta. Namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.

"Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia-Robert kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd)," jelas Idris.

Beliau berkata, pada tahun 2004 Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.

Walaubagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah apabila Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.

"Tahun lepas sahaja Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta. RM107.19 juta daripadanya adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.

"Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd (MASKargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya? Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?" tegas beliau dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.

Bagi Idris, PAS melihat kes ini sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja.

APA KATA NOR YAKCOP?

Saya tidak terlibat - Nor Mohamed

PUTRAJAYA 7 Mei 2010 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini menegaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh Pos Malaysia Bhd. sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian.

Beliau yang sedih dengan dakwaan yang dilontarkan sesetengah pihak terhadap dirinya berkata, sebarang keputusan adalah diputuskan oleh lembaga pengarah, termasuk Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Kewangan.

''Di dalam syarikat milik kerajaan (GLC) ada lembaga pengarah dan keputusan dibuat oleh mereka, Khazanah (mempunyai wakil) lembaga pengarah dan dia buat keputusan.

''Saya tidak terlibat langsung. (Dakwaan) Tan Sri Adam Kadir telah dijawab oleh Khazanah. Dakwaan dia tidak benar,'' katanya kepada Utusan Malaysia sebagai menjawab dakwaan kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia berjumlah RM546 juta sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein, sebelum ini menafikan angka kerugian itu dan menjelaskan Pos Malaysia sebenarnya hanya kerugian RM227 juta disebabkan oleh pelaburan dalam Transmile.



KOMEN


Eh macamana ni, Tan Sri Adam Kadir kata RM546 juta manakala Datuk Dr. Awang Adek Hussein kata RM227 juta.Yang mana satu betul, tetapi biasanya siapa yang kata awal itu lah yang betul. Tetapi yang kedua itu tipu punya.

Biasalah tu. Itukan BN. kalau tak tipu tak sah, bukan BN. Kalau dah nama BN mesti tipu punya.

KALAU KITA TIDAK MAHU DITIPU DAN TERUS DITIPU,
MAKA KITA KENA HANCURKAN DAN HAPUSKAN BN dahulu,
KALAU KITA NAK HANCURKAN BN, kita kena hancurkan UMNO dahulu,
Itulah jalannya dan itulah cara-caranya yang hanya ada satu.


HANCURKAN UMNO, HAPUSKAN UMNO,
Barulah kita dapat hak kita semua,
hak sebagai rakyat jelata,
yang selama ini sentiasa dijadikan mangsa

untuk pemimpin-pemimpin UMNO terus berkuasa
untuk pemimpin-pemimpin UMNO menjadi makin kaya, kaya dan semakin kaya!


KEMUNGKINAN UJUDNYA ELEMEN RASUAH DALAM PEMBELIAN KAPAL SELAM YANG TIDAK BOLEH MENYELAM


KUALA LUMPUR, 22 April 2010: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Khas ditubuhkan segera bagi menyiasat pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis.

Ianya berikutan pendedahn terbaru media antarabangsa Asia Senttinel yang mendakwa Pejabat Pendakwaan Paris sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu yang melibatkan syarikat Malaysia.

Dua orang pendakwa iaitu Hakim Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin dilaporkan sedang menjalankan penyiasatan kemungkinan terdapat elemen rasuah dalam kes pembelian tersebut.

(Gambar: Mahfuz dan Firdaus Jaafar melihat replika kapal selam Scorpene)

Siasatan itu dibuat setelah peguam yang dilantik Suaram memfailkan kes tersebut pada 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010 ke Pejabat Pendakwaan Paris.

Bercakap kepada pemberita pada pameran Defence Services Asia 2110 di PWTC siang tadi Mahfuz berkata, suruhanjaya itu penting bagi memulihkan kembali kredibiliti Malaysia di mata antarabangsa.

Selain itu, beliau turut menggesa Najib bercuti sepanjang siasatan dijalankan.

"Saya minta satu suruhanjaya penyiasatan khas ditubuhkan, dan saya minta perdana menteri mengambil cuti sepanjang penyiasatan ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Malaysia membeli kapal tersebut daripada Syarikat Amaris iaitu anak syarikat kepada DCN France melalui syarikat Perimekar Sdn. Bhd pada tahun 2002, iaitu semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Perimekar dikatakan mendapat komisyen sebanyak Euro 114 juta kononnya untuk kerja-kerja koordinasi dan khidmat bantuan.

Jumlah tersebut adalah 11 peratus daripada harga belian kapal-kapal selam tersebut.

Menurut Mahfuz, Perimekar pada asalnya dipunyai oleh KS Ombak Laut Sdn. Bhd yang dipunyai oleh Abdul Razak Baginda yang dikenalpasti rakan karib kepada Najib.

PAS mempersoal tindakan kerajaan Malaysia membeli pesawat Aermacchi MB339C dari Itali dengan harga jauh lebih tinggi berbanding dibeli oleh negara Eritrea.

Beliau juga memberitahu, Malaysia membeli lapan pesawat itu tanpa enjin dengan harga Euro 88.8 juta iaitu kira-kira Euro 11 juta sebuah bersamaan RM45 juta.

Sedangkan negara Eritrea, katanya membeli pesawat sama hanya dengan harga US8.8 juta iaitu kira-kira RM20 juta sebuah yang baru dan lengkap dengan enjin.

"Eritrean Air Force membeli pesawat sama dengan harga USD8.8 juta dengan enjin, kita beli tanpa enjindengan harga RM45 juta," katanya kepada pemberita sewaktu melawat pameran Defence Services Asia 2110 di PWTC siang tadi.

Tambahnya, Malaysia sebelum ini menggunakan satu lagi pesawat iaitu Aermacchi MB339AM untuk kegunaan latihan bagi pemandu jet pejuang.

Pesawat tersebut menggunakan teknologi 50-an buatan United Kingdom dan telah diguna sejak 30 tahun lalu.

Bagaimanapun ianya sudah tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan tersebut, namun enjinya akan digunakan untuk pesawat Aermacchi MB339C yang dibeli tanpa enjin.

"Saya minta pihak berkuasa menyiasat dan satu suruhanjaya khas perlu ditubuhkan," katanya.

RM10 JUTA DISELUDUP, penjelasan MB Negeri Sembilan dituntut

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan dituntut memberi penjelasan berhubung isu 'Penyeludupan' RM10 juta yang didakwa telah dikirim ke luar negara.

Tuntutan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin melalui satu surat terbuka kepada Mohamad Hassan.

Dalam suratnya itui, Badrul yang juga Ketua PKR Rembau membawa maklumat Bank Negara Malaysia (BNM) mendapat bukti menunjukkan Mohamad Hassan, melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang didakwa dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Menurutnya kegiatan itu juga telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 iaitu Seksyen 30(1)(b), "… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…" dan; Seksyen 35(b), "memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini".

Berikutan maklumat tersebut, beliau juga memohon dua persoalan berikut yang dianggap besar perlu dijawab.

"Adakah benar YAB Datuk Seri Utama terlibat dalam transaksi seperti maklumat yang diperolehi ? Dan kenapa ia melanggar undang – undang ?

"Bolehkah YAB Datuk Seri Utama secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?" soalnya.

Beliau turut menyeru kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz agar menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.

"Saya telah hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun kesempatan ini saya mencabar SPRM (jika ia bukan perkakas regim penguasa) menyiasat segera secara terbuka terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yang ditujukan," katanya lagi.

Baliau juga memberitahu satu laporan rasmi juga akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kormesial PDRM berkenaan perkara tersebut.

Turut dimuatkan dalam surat tersebut, kes-kes pengiriman wang secara haram pada tahun 2008 dan 2009 dan tindakan yang pernah dikenakan terhadap sebuah syarikat pengurup wang pada tahun 2006..

"Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan.

"Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.

"Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998.

"Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006, " katanya.