Sunday, August 1, 2010

PERBELANJAAN PENGURUSAN JPM RM12 BILLION SETAHUN! Patutlah Malaysia kemungkinan menghadapi kebangkrapan menjelang tahun 2019,

Free Malaysia Today
Penjimatan kira-kira RM750 juta ekoran pemotongan subsidi untuk petrol, gas, diesel dan gula terlalu kecil berbanding RM12 bilion yang dibelanjakan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perbelanjaan yang begitu besar dalam tempuh setahun sahaja oleh pentadbiran Najib Tun Razak untuk membiayai seramai 43,554 kakitangannya hanya membazirkan wang rakyat.

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan sukar dipercayai!  Gembar gembur bahawa subsidi yang besar membebankan ekonomi adalah karut belaka.

Menurut “The Nut Graph”, kajian oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mendedahkan Malaysia mempunyai nisbah kakitangan awam dengan jumlah penduduk tertinggi di Asia Pasifik.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata nisbah kakitangan awam ini sangat ketara kerana Malaysia mempunyai 4.68%, berbanding Indonesia 1.79%, Korea Selatan 1.85% dan Thailand 2.06%.

“Kesemua negara-negara tersebut mempunyai kurang dari separuh dari nisbah negara kita,” kata beliau yang juga ketua ekonomis dan setiausaha publisiti DAP kebangsaan.

Minggu sudah, Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong mendedahkan dalam blognya http://liewchintong.com/ bahawa  peruntukan untuk JPM berjumlah RM12 bilion dan bukan RM4 bilion sepertimana yang dianggap oleh orang ramai.

“Ini merupakan satu jumlah wang besar! Seperti majoriti rakyat Malaysia, saya hairan kenapa Jabatan itu tidak berusaha untuk berjimat cermat sepertimana kita semua disuruh berjimat cermat ekoran pemotongan subsidi dan bahaya Malaysia menghadapi kebangkrapan menjelang tahun 2019,” katanya.

Berdasarkan blog Liew, saya merumuskan beberapa fakta yang menakjubkan:
  • Pada tahun 1981, ketika dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, JPM mempunyai kakitangan seramai 4,414 orang
  • Pada 2001 (20 tahun kemudian), ketika dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, JPM mempunyai kakitangan seramai 9,673 orang (peningkatan sebanyak 119.1%)
  • Pada 2003, ketika dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, JPM mempunyai kakitangan seramai 21,045 orang (peningkatan sebanyak 117.6% dalam masa dua tahun)
  • Pada tahun 2009, ketika dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, JPM mempunyai kakitangan seramai 25,332 orang (peningkatan sebanyak 20.4% dalam enam tahun)
  • Pada 2010, ketika dibawah pentadbiran Najib Tun Razak, JPM mempunyai kakitangan seramai 43,544 orang (peningkatan sebanyak 71.9% dalam tempuh setahun)
Selepas membuat perkiraan ini, saya membandingkan bajet PM kita dengan Presiden Amerika Syarikat, PM Singapura dan Permaisuri Elizabeth, England. Saya terpegun dengan maklumat yang sedia ditemui dalam internet.

Permohonan bajet Rumah Puteh untuk 2011 berjumlah AS$394 juta (RM1.3 bilion) dan tidak termasuk program berbanding bajet untuk JPM berjumlah AS$1.25 bilion (RM4 bilion). SUNGGUH MENGHAIRANKAN apabila JPM memerlukan bajet yang lebih tinggi dari Bajet Rumah Puteh. Tak masuk akal dan tak dapat diterima langsung oleh akal yang waras.

Dari segi bilanagan pekerjanya pula, pada 2010 staf Rumah Puteh hanyalah seramai 1,888 orang sahaja  jika dibandingkan dengan bilangan  pekerja  di JPM seramai 43,554 orang . Kenapakah Rumah Puteh hanya memerlukan staf  yang sangat jauh kurang jumlahnya berbanding dengan bilangan staf di JPM? Atau secara terusnya persoalan adalah sebegini: Kenapakah JPM memerlukan bilangan staf  yang begitu  besar  jumlahnya berbanding dengan bilangan staf di Rumah Puteh  yang hanya memerlukan seramai 1,888 orang staff sahaja?.

Dari segi peratusannya, bilangan staff Rumah Puteh hanyalah 4.3% dari jumlah kakitangan JPM. Menakjubkan.

Jadi ternyatalah ada sesuatu yang tidak kena dengan peruntukan pentadbiran JPM.  Jika kita lihat Singapura, hanya sejumlah S$290.4 juta (RM681.2 juta)  sahaja diperlukan untuk peruntukan Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam tahun 2010.Tetapi perbelanjaan di JPM kita begitu menakutkan sekali. Patutlah jika negara kita bankrap!

Menurut Wikipedia, Singapura mampu berbelanja sejumlah ini memandangkan jumlah penduduknya ialah 5.1 juta atau 3.2 juta jika ditolak rakyat asing dan mempunyai pendapatan per kapita lebih AS$37,293 (RM118,964).  Berbanding Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 27 juta dan pendapatan per kapita AS$6,897 (RM22,000) dan Amerika Syarikat AS$46,381 (RM147,955).

Ini bermakna pendapatan per kapita Singapura 5.4 kali ganda lebih tinggi dari Malaysia walaupun Malaysia mempunyai penduduk lima kali ganda dari Singapura.

Secara perbandingan, kita boleh memahami jika bajet JPM melebihi dari Singapura berdasarkan saiz penduduk dan kawasan.  Tetapi bolehkah kita terima jika peruntukan bajet JPM kita melebihi dari Pejabat Presiden Amerika Syarikat?

KERAJAAN BN PERAK MEMERLUKAN BAJET TAMBAHAN SEBANYAK RM80 JUTA?

Bajet Tambahan RM80 Juta Kerana Umno-BN Gagal Urus Tadbir Perak


Oleh Faizal Ezzany
KUALA KANGSAR 1 Ogos - Pentadbiran pincang Umno-Barisan Nasional di Perak menyebabkan sebanyak RM80 juta dana awam terpaksa dikorbankan sebagai bajet tambahan yang akan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri 3 Ogos nanti. 

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub berkata Umno-BN tidak mampu menjana serta membangun ekonomi negeri Perak setelah melakukan rampasan kuasa tidak berperlembagaan awal 2009 lalu.

"Sudah sampai masanya untuk kita keluarkan Umno-Barisan Nasional dari negeri Perak ini, pentadbiran mereka bukan membawa kebaikkan malah semakin teruk lagi bila ada usaha untuk kemukakan perbelanjaan tambahan sebanyak RM80 juta pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri nanti," dedah beliau semasa berucap pada majlis jamuan makam malam anjuran Cabang Bagan Serai di Dewan Beng Sean Seah, Bagan Serai Jumaat lalu.

Mustaffa menyeru rakyat Perak agar sedar mengenai kepincangan pentadbiran Umno-BN di Perak kerana permintaan belanjawan tambahan menandakan parti itu tidak mampu membawa negeri itu ke arah masa depan yang lebih terjamin dan makmur.

"Apa yang Umno-BN Perak buat sehingga memerlukan penambahan peruntukkan sebanyak RM80 juta? Bila kita tanya mereka hanya menjelaskan peruntukkan tersebut untuk perkhidmatan tanpa memberi penjelasan yang khusus. Bagi saya rakyat perlu sedar daripada sekarang, pentadbiran mereka jelas ada kepincangan dalam soal urusan kewangan negeri.

"Kita tahu sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, tidak pernah ada penambahan peruntukan malah mendapat lebih dalam pendapatan negeri tetapi di bawah Umno-BN bukan sahaja pendapatan negeri berkurangan malah meminta peruntukkan tambahan pula. BN tidak tahu mentadbir negeri ini untuk memperkayakan negeri, kita perlu bertindak memperkukuhkan kekuatan parti untuk mengambil balik Perak daripada pentadbiran yang teruk ini.

"Kita bukan sahaja perlu selamatkan Malaysia, kita juga perlu selamatkan Perak daripada pentadbiran bodoh Umno-BN. Umno-BN mensasarkan Malaysia bankrap pada 2019 tetapi Umno-BN Perak meletakkan negeri ini bankrap lebih cepat, silap tadbir sebelum pilihan raya umum ke-13 Perak akan bankrap.

"Kalau kita biarkan ini berlaku maka seluruh generasi dan rakyat negara ini akan terseksa disebabkan oleh sikap Umno-BN yang angkuh dan sombong," tegas beliau.

Beliau mahu seluruh kaum di Perak bersatu dan mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain supaya negeri Perak akan terus makmur dan maju di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kelak selepas PRU-13

"Pakatan Rakyat adalah parti untuk semua kaum dan saya menyeru setiap kaum di negeri ini menjalinkan kerjasama yang baik, saya mahu wujud persefahaman antara kaum kerana tanpa kerjasama usaha kita untuk merampas serta mentadbir negeri ini dengan baik akan menjadi sukar.

"Kita perlu tengok apa yang berlaku di Selangor yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, yang mengutmakan kebajikan rakyat seperti pemberian air percuma dan juga skim kematian untuk semua kaum. Selangor mendahului negeri di bawah pemerintahan BN dalam soal demikian. Dengan urus tadbir yang baik Pakatan Rakyat Selangor mampu menunaikan tanggungjawab yang diberikan," ujar beliau lagi.

Mustaffa berkata rakyat Perak perlu melakukan perubahan pada PRU-13 supaya negeri ini tidak lagi disalah gunakan oleh pemimpin rakus Umno-BN.
Di ceramah perdana di Markas PAS Bukit Chandan Kuala Kangsar pula Mustaffa meminta rakyat mengambil langkah berani seperti yang dilakukan oleh rakyat Sibu pada pilihan raya kecil 16 Mei lalu.

"Seluruh rakyat Perak perlu melihat keberanian yang dilakukan oleh rakyat Sibu, mereka sudah serik dan mahukan perubahan. Walaupun BN datang dengan segala janji tetapi ketetapan hati mereka tidak berubah, apa yang pasti kebencian mereka kepada BN sudah tidak boleh ditawar menawar.

"Sekarang Sibu menjadi pemangkin kepada perubahan politik di Sarawak mahupun Sabah. Jadi inilah yang kita mahukan di Perak, kita terima apa juga yang Umno-BN beri tetapi setiap undi adalah untuk Pakatan Rakyat.

"Saya pasti Perak akan lebih selamat berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat," kata beliau.